SELAMAT DATANG KE GERBANG KAMPUNG CHANGKAT GOHOR
DAPATKAN MAKLUMAT TENTANG KAMPUNG CHANGKAT GOHOR DISINI.

Ahad, 13 Disember 2009

PENGHARGAAN

Salam perkenalan dari kami warga Kampung Changkat Gohor, Padang Rengas , Perak.
Bersyukur kami kehadrat tuhan dengan keizinanan-Nya dapat kami membina blog sendiri untuk kampung yang yang kami cintai ini. Dengan wujudnya blog ini dapat kami memaklumkan perihal tentang kampung kami kepada umum.

Kami juga berusaha untuk memajukan kampung ini melalui peningkatan ekonomi, Terdapat bidang-bidang ekonomi yang kami usahakan. Antaranya adalah pertanian dan penternakan. Insyaallah melalui blog ini dapat kami sama-sama memaklumkan kepada umum hasil tani dan hasil ternak yang kami usahakan untuk dipasarkan.

Selain dari itu kami juga berharap agar kampung ini kekal aman dan damai dan juga berharap akan menjadi kampung contoh terbaik dari segi keindahan, ekonomi, soasial, pendidikan dan sebagainya. Masyarakat saling tolong-menolong, bantu membantu dan bermuafakat.

Kepada pihak-pihak yang membantu kami untuk dari semua aspek ucapan ribuan terima kasih kami ucapkan.

Sekian dari kami. Selamat Sejahtera. Salam 1 Malaysia dan Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan